OH MY GOD!!!!

Didn't realize that i'm actually blogging today, it's kind of addictive actually but the feeling is really awesome. You can write whatever you want without even border what are people gonna say. So, this is my blog and welcome to my public diary......hahahaha

Wednesday, November 9, 2011

Seksualiti Tak Merdeka

Sedar tak sedar, sudah setahun lebih aku tak jejakkan diri aku dalam penulisan blog, kalau diibaratkan seperti sebuah rumah, pasti dalam tue labah-labah dah buat istana sarang, lipas bermaharajalela, cicak dah berpesta dan berparti dan kalau nak sentuh pasal makhluk ghaib mmg takyah cakap lar, kompem kener kumpul kawan-kawan baca yassin nak halau diorang. Tapi blog ini bukan rumah, aku pun tak pasti macam maner aku nak kaitkan cerita di atas dengan cerita aku lepas nie, mungkin sengaja nak buat analogi yang kelihatan lawak walaupun realitinya takdelah lawak sangat. Ciss!!! Tumpul sudah bakat melawak aku sekarang, mungkin ini impak menonton Maharajalawak Mega yang tidak lawak itu. Ketepikan sebentar soalan itu, soal lawak boleh diperbaiki, tp bagaimana dengan soal hak asasi. Mungkin kekadang aku lebih berfikiran liberal dalam soal ini, tp jika melibatkan soal agama, tiada kompromi bro. Seksualiti Merdeka bukan cerita baru, bnder nie dah lama, namun kenapa ia baru digembar-gemburkan itu masalah orang yg bekepentingan, isunya sekarang kenapa aku tak setuju dengan benda ini. Bukan semua orang yg cenderung menyukai pasangan sejenis berani berteriak dan memekik "AKU GAY!!!!" atau "AKU LESBIAN!!!!", inilah istimewanya budaya ketimuran yg bezakan kita dengan barat yang jelas-jelas songsang cara hidup mereka. Masalah timbul biler golongan yang tak berani nie kata, "Oh, ramai rupanya orang yang macam aku nie, ok, skung aku tekad,aku berani mati, aku kamikaze mengatakan yang aku gay, QUEER WITHOUT FEAR!!". Hal ini yang menjadi kebimbangan bila acara tahunan seperti ini dikatakan sebagai medium galakan untuk golongan atas pagar seperti contoh di atas. Dan kalau betul anda tetap dengan dokongan anda untuk memilih jalan ini, just keep it to yourself, tiada orang akan menghalang anda, jangan publisitikan benda yang jelas-jelas merosakkan akidah.

Sunday, June 6, 2010

Lagenda Budak Setan

Sewaktu filem Lisa Surihani nie diura-urakan hendak keluar wayang, aku sudah mula teruja untuk menontonnya, aku tak kesah sama ada filem nie berkisarkan sebuah novel teragung suatu ketika dahulu atau apapun, yang penting aku dapat tengok Lisa berlakon, hahaha. Tapi, rasa segan pun mula menyinari diri, takkan la nak ajak kawan-kawan lelaki aku pergi tengok cerita nie, macam pelik la plak. Nasib baik ada penyelamat aku, rakan karib ku, Nur Idayu yang sanggup menonton cerita ini bersamaku. Untuk komen cerita nie, keseluruhan boleh tahan lar, boleh wat gelak, leh wat sedih sikit, walaupun terasa sangat sekejap cerita nie, tapi nak wat camner, namer bahagian satu kan. Akhir kata, Lisa best.....=)

Sunday, May 30, 2010

Saiful v Anwar


Setelah bercuti selama 3 hari, otot-otot terasa lesu dan sendi-sendi mula berada di tahap kesengalan yang agak tinggi. Namun, esok akan bermulanya kembali sesi perbicaraan diantara Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Esok, kami ditugaskan untuk mengikuti sesi perbicaraan diantara mereka dan sudah tentulah kami dituntut untuk hadir lebih awal dari kebiasaan. Namun persoalan yang masih berlegar-legar di dalam kotak pemikiranku ini, pada hari-hari bekerja pun aku sudah sampai 2 jam lebih awal, iaitu pada pukul 7 pagi dimana kebanyakan rakan-rakan praktikalku masih menarik-narik selimut sambil mematikan alarm yang tidak berputus asa untuk mengejut mereka. Hendak sampai lebih awal?hahaha............Namun, perasaan teruja juga hadir bilamana aku jarang mengikuti kes berprofil tinggi seperti ini. Teringin juga membuat benda-benda pelik, manalah tahu dapat masuk suratkhabar tempatan ker, internet ker, tv ker. Tapi, yang pasti, malam ini kena tidur awal dan memulakan hari esok dengan semangat yang membara.......=)

Wednesday, May 26, 2010

Attachment


Sudah hampir 2 minggu aku manjalani latihan praktikal di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, perasaan resah gelisah, kekok dan tidak serius mula bertukar iramanya apabila aku mula merasakan bahawa pengalaman berada di mahkamah setakat ini tidaklah seteruk yang disangka malahan ia memberikan satu perasaan positif yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kehadiran nama-nama besar seperti Malik Imtiyaz, Sulaiman Abdullah, Shafie Abdullah, Karpal Singh, Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Karpal Singh, Izzah Anwar, Tengku Amalin dan beberapa nama lain telah memberikan aku satu lapisan peransang tidak langsung hanya dengan melihat mereka melalui sudut pandangan mata. Dengan kehadiran timbalan pendaftar dan penolong kanan pendaftar yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat membuatkan aku sedikit sebanyak berikhtiar untuk menjadi seorang pelajar dan seseorang yg lebih baik dari hari ini. Namun, tidak disangkal lagi, kehadiran rakan-rakan yang sering mencipta satu keriuhan tidak kira masa dan tempat memainkan faktor utama yang menjadikan hari-hari di sana semakin bermakna dari hari ke hari. Semoga 2 minggu berbaki dapat diisi dengan segala macam perkara yang boleh menjadikan aku seorang insan yang lebih berpengetahuan mungkin, siapa tahu......=)

Tuesday, May 18, 2010

Aku Sudah Tua!!!!

Hari nie merupakan hari ulangtahun kelahiranku yang ke-21, emmmm.......ada apa pada angka kan, ia hanyalah angka dan digit yang boleh bertambah bila-bila masa sahaja (ayat penyedap hati sebenarnya,ha3). Tapi, sejujurnya aku merasakan sangat bahagia sekali pada tahun ini kerana mempunyai sebuah keluarga yang amat aku sayangi, bukan sahaja keluarga yg mempunyai aliran darah yang sama dengan ku, tapi kawan-kawan yang amat aku kasihi dan sayangi. Tersentuh hati rasenya bila melihat notification di facebook dan message di enset tidak putus2 mengucapkan selamat hari lahir kepadaku, insan yang kekurangan serba-serbi. Walaupun terpaksa meredah dan merentasi hari peringatanku sewaktu berada dalam latihan industri di Kompleks Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, segala penat lelah dan keletihan serta merta tersejat apabila rakan-rakan praktikal ku sempat mengucapkan selamat hari lahir kepadaku sewaktu hendak pulang. Dimana mereka tahu tarikh lahirku masih menjadi persoalan yang bermain di benak fikiran. Terima kasih kepada yang masih mengingati diri ini, aku sayang kamu semua..................=)

Friday, May 14, 2010

Bahayakah Shisha/Hookah?

Kebelakangan ini, isu menghisap shisha boleh dianggap sebagai satu trend muda mudi masa kini, dengan menawarkan harga serendah RM8-RM10, shisha boleh didapati di kebanyakan restoran sehingalah warung-warung di tepi jalan. Sejujurnya, aku dan rakan-rakanku juga tidak terkecuali dalam aktiviti ini dan port biasa kami bertempat di Restoran Marina yang terletak di hadapan jalan berdekatan dengan masjid UDM. Tetapi, aku bukanlah seorang perokok, jadi aku terfikir sejenak, apakah ada risiko yang akan aku hadapi apabila bergelumang dengan kegiatan tidak sihat ini. Mungkin aku bodoh jika terus memasukkan aktiviti seperti ini ke dalam jadual mingguan jika ia terus memudaratkan kesihatan aku sepertimana ada mitos yang mengatakan shisha 400 kali lebih bahaya dari rokok. Jadi, melalui kajian yang aku lakukan di internet, inilah hasilnya:

Perbuatan menghisap asap boleh mendatangkan risiko penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis yang kronik, emphysema (bronchiaectasis) dan kanser paru-paru. Menurut Dr Maamor, keadaan itu berlaku kerana peningkatan kandungan bahan berisiko seperti nikotin dan tar dalam saluran pernafasan.

"Dalam masa yang sama ia merendahkan aktiviti sel-sel khas yang akan menurunkan daya tahan badan serta mendedahkan seseorang itu kepada risiko mendapat jangkitan kuman sekunder. Andaian yang menyatakan bahawa apabila kita menyedut asap yang melalui air boleh mengurangkan risiko di atas adalah sesuatu yang indah khabar dari rupa. Risikonya tetap ada sebab masih ada asap yang disedut. Seperti juga rokok yang ada filter, risikonya masih ada" jelas beliau.

Beliau turut mengingatkan tentang risiko tinggi yang terpaksa ditanggung penghisap pasif.

"Kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu yang mengandung yang mungkin berada di premis tersebut turut menanggung risiko. Malah mereka yang tidak berada di premis yang sama juga boleh terdedah kepada bahaya kerana asap yang dikeluarkan tidak musnah dan ia mencemar alam sekitar," tambah Dr Maamor.

Beliau turut memberitahu terdapat kajian bahaya menghisap shisha ke atas sistem saraf dan juga tahap kesuburan seseorang.

"Risiko kesihatan juga meningkat apabila peralatan ini dikongsi kerana ia boleh menyebabkan merebaknya penyakit bawaan udara. Selain risiko kesihatan sudah tentulah ada risiko-risiko sosial, ekonomi, budaya dan pengaruh politik yang boleh menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan celaru. Maksud saya ada orang yang berkata ia halal, ada kata haram atau makruh," jelasnya.

Monday, May 10, 2010

Di Kala Subuh

Jam menunjukkan tepat pukul 4 pagi, aku masih terjaga di saat semua orang sudah melelapkan mata dan bersedia untuk mencari rezeki di keesokan paginya. Angin bisikan pagi yang sungguh dingin seperti meniupkan sesuatu di telinga aku dan tiba-tiba hatiku mula terdetik sesuatu perkara yang tidak pernah sesekalipun aku fikirkan dengan serius. Bagaimana kehidupan aku 5 tahun akan datang, 10 tahun, atau 20 tahun mungkin. Adakah aku tetap akan menjadi Saiful Adly yang sekarang atau berubah menjadi seorang yang sudah terpesong dari jalan yang lurus. Aku bukan pesimistik dan juga bukan seorang yang optimistik, tapi tidak salah jika membuat andaian jika ia boleh menyedarkan diri kita supaya berpijak di bumi yang nyata. Adakah lagi pengalaman-pengalaman indah bersama kawan-kawan, lawak-lawak bodoh yang sering terpacul keluar dari mulut, pergaduhan dan persengketaan, semuanya merupakan perencah yang menyedapkan lagi kehidupan kita di muka bumi ini. Semua orang akan membesar dan umur menjadi penanda bahawa kita juga perlu peka dengan penambahan angka yang memerlukan kita berubah dari semasa ke semasa. Mungkin 10 tahun akan datang aku sudah membina sebuah keluarga dan mungkin sedang sibuk membuat tugasan di bilik pejabat tanpa sesiapa di sisi. Apapun yang berlaku, jangan biarkan kenangan indah masa lalu terpadam dibakar hakikat masa kini, hargainya setiap masa dan detik kerana pengalaman itu boleh menjadi guru yang bagus untuk pelajaran hidup kita sendiri. Seseorang boleh berubah, tapi diharapkan bahawa perubahan itu tidak membawa kemudaratan kepada diri kita dan juga orang sekeliling kita kelak. Insyallah~