OH MY GOD!!!!

Didn't realize that i'm actually blogging today, it's kind of addictive actually but the feeling is really awesome. You can write whatever you want without even border what are people gonna say. So, this is my blog and welcome to my public diary......hahahaha

Sunday, May 30, 2010

Saiful v Anwar


Setelah bercuti selama 3 hari, otot-otot terasa lesu dan sendi-sendi mula berada di tahap kesengalan yang agak tinggi. Namun, esok akan bermulanya kembali sesi perbicaraan diantara Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim dan bekas pembantunya, Saiful Bukhari. Esok, kami ditugaskan untuk mengikuti sesi perbicaraan diantara mereka dan sudah tentulah kami dituntut untuk hadir lebih awal dari kebiasaan. Namun persoalan yang masih berlegar-legar di dalam kotak pemikiranku ini, pada hari-hari bekerja pun aku sudah sampai 2 jam lebih awal, iaitu pada pukul 7 pagi dimana kebanyakan rakan-rakan praktikalku masih menarik-narik selimut sambil mematikan alarm yang tidak berputus asa untuk mengejut mereka. Hendak sampai lebih awal?hahaha............Namun, perasaan teruja juga hadir bilamana aku jarang mengikuti kes berprofil tinggi seperti ini. Teringin juga membuat benda-benda pelik, manalah tahu dapat masuk suratkhabar tempatan ker, internet ker, tv ker. Tapi, yang pasti, malam ini kena tidur awal dan memulakan hari esok dengan semangat yang membara.......=)

Wednesday, May 26, 2010

Attachment


Sudah hampir 2 minggu aku manjalani latihan praktikal di Mahkamah Tinggi Jalan Duta, perasaan resah gelisah, kekok dan tidak serius mula bertukar iramanya apabila aku mula merasakan bahawa pengalaman berada di mahkamah setakat ini tidaklah seteruk yang disangka malahan ia memberikan satu perasaan positif yang sukar untuk diungkapkan dengan kata-kata. Kehadiran nama-nama besar seperti Malik Imtiyaz, Sulaiman Abdullah, Shafie Abdullah, Karpal Singh, Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo, Karpal Singh, Izzah Anwar, Tengku Amalin dan beberapa nama lain telah memberikan aku satu lapisan peransang tidak langsung hanya dengan melihat mereka melalui sudut pandangan mata. Dengan kehadiran timbalan pendaftar dan penolong kanan pendaftar yang tidak putus-putus memberikan kata-kata semangat membuatkan aku sedikit sebanyak berikhtiar untuk menjadi seorang pelajar dan seseorang yg lebih baik dari hari ini. Namun, tidak disangkal lagi, kehadiran rakan-rakan yang sering mencipta satu keriuhan tidak kira masa dan tempat memainkan faktor utama yang menjadikan hari-hari di sana semakin bermakna dari hari ke hari. Semoga 2 minggu berbaki dapat diisi dengan segala macam perkara yang boleh menjadikan aku seorang insan yang lebih berpengetahuan mungkin, siapa tahu......=)

Tuesday, May 18, 2010

Aku Sudah Tua!!!!

Hari nie merupakan hari ulangtahun kelahiranku yang ke-21, emmmm.......ada apa pada angka kan, ia hanyalah angka dan digit yang boleh bertambah bila-bila masa sahaja (ayat penyedap hati sebenarnya,ha3). Tapi, sejujurnya aku merasakan sangat bahagia sekali pada tahun ini kerana mempunyai sebuah keluarga yang amat aku sayangi, bukan sahaja keluarga yg mempunyai aliran darah yang sama dengan ku, tapi kawan-kawan yang amat aku kasihi dan sayangi. Tersentuh hati rasenya bila melihat notification di facebook dan message di enset tidak putus2 mengucapkan selamat hari lahir kepadaku, insan yang kekurangan serba-serbi. Walaupun terpaksa meredah dan merentasi hari peringatanku sewaktu berada dalam latihan industri di Kompleks Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, segala penat lelah dan keletihan serta merta tersejat apabila rakan-rakan praktikal ku sempat mengucapkan selamat hari lahir kepadaku sewaktu hendak pulang. Dimana mereka tahu tarikh lahirku masih menjadi persoalan yang bermain di benak fikiran. Terima kasih kepada yang masih mengingati diri ini, aku sayang kamu semua..................=)

Friday, May 14, 2010

Bahayakah Shisha/Hookah?

Kebelakangan ini, isu menghisap shisha boleh dianggap sebagai satu trend muda mudi masa kini, dengan menawarkan harga serendah RM8-RM10, shisha boleh didapati di kebanyakan restoran sehingalah warung-warung di tepi jalan. Sejujurnya, aku dan rakan-rakanku juga tidak terkecuali dalam aktiviti ini dan port biasa kami bertempat di Restoran Marina yang terletak di hadapan jalan berdekatan dengan masjid UDM. Tetapi, aku bukanlah seorang perokok, jadi aku terfikir sejenak, apakah ada risiko yang akan aku hadapi apabila bergelumang dengan kegiatan tidak sihat ini. Mungkin aku bodoh jika terus memasukkan aktiviti seperti ini ke dalam jadual mingguan jika ia terus memudaratkan kesihatan aku sepertimana ada mitos yang mengatakan shisha 400 kali lebih bahaya dari rokok. Jadi, melalui kajian yang aku lakukan di internet, inilah hasilnya:

Perbuatan menghisap asap boleh mendatangkan risiko penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis yang kronik, emphysema (bronchiaectasis) dan kanser paru-paru. Menurut Dr Maamor, keadaan itu berlaku kerana peningkatan kandungan bahan berisiko seperti nikotin dan tar dalam saluran pernafasan.

"Dalam masa yang sama ia merendahkan aktiviti sel-sel khas yang akan menurunkan daya tahan badan serta mendedahkan seseorang itu kepada risiko mendapat jangkitan kuman sekunder. Andaian yang menyatakan bahawa apabila kita menyedut asap yang melalui air boleh mengurangkan risiko di atas adalah sesuatu yang indah khabar dari rupa. Risikonya tetap ada sebab masih ada asap yang disedut. Seperti juga rokok yang ada filter, risikonya masih ada" jelas beliau.

Beliau turut mengingatkan tentang risiko tinggi yang terpaksa ditanggung penghisap pasif.

"Kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu yang mengandung yang mungkin berada di premis tersebut turut menanggung risiko. Malah mereka yang tidak berada di premis yang sama juga boleh terdedah kepada bahaya kerana asap yang dikeluarkan tidak musnah dan ia mencemar alam sekitar," tambah Dr Maamor.

Beliau turut memberitahu terdapat kajian bahaya menghisap shisha ke atas sistem saraf dan juga tahap kesuburan seseorang.

"Risiko kesihatan juga meningkat apabila peralatan ini dikongsi kerana ia boleh menyebabkan merebaknya penyakit bawaan udara. Selain risiko kesihatan sudah tentulah ada risiko-risiko sosial, ekonomi, budaya dan pengaruh politik yang boleh menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan celaru. Maksud saya ada orang yang berkata ia halal, ada kata haram atau makruh," jelasnya.

Monday, May 10, 2010

Di Kala Subuh

Jam menunjukkan tepat pukul 4 pagi, aku masih terjaga di saat semua orang sudah melelapkan mata dan bersedia untuk mencari rezeki di keesokan paginya. Angin bisikan pagi yang sungguh dingin seperti meniupkan sesuatu di telinga aku dan tiba-tiba hatiku mula terdetik sesuatu perkara yang tidak pernah sesekalipun aku fikirkan dengan serius. Bagaimana kehidupan aku 5 tahun akan datang, 10 tahun, atau 20 tahun mungkin. Adakah aku tetap akan menjadi Saiful Adly yang sekarang atau berubah menjadi seorang yang sudah terpesong dari jalan yang lurus. Aku bukan pesimistik dan juga bukan seorang yang optimistik, tapi tidak salah jika membuat andaian jika ia boleh menyedarkan diri kita supaya berpijak di bumi yang nyata. Adakah lagi pengalaman-pengalaman indah bersama kawan-kawan, lawak-lawak bodoh yang sering terpacul keluar dari mulut, pergaduhan dan persengketaan, semuanya merupakan perencah yang menyedapkan lagi kehidupan kita di muka bumi ini. Semua orang akan membesar dan umur menjadi penanda bahawa kita juga perlu peka dengan penambahan angka yang memerlukan kita berubah dari semasa ke semasa. Mungkin 10 tahun akan datang aku sudah membina sebuah keluarga dan mungkin sedang sibuk membuat tugasan di bilik pejabat tanpa sesiapa di sisi. Apapun yang berlaku, jangan biarkan kenangan indah masa lalu terpadam dibakar hakikat masa kini, hargainya setiap masa dan detik kerana pengalaman itu boleh menjadi guru yang bagus untuk pelajaran hidup kita sendiri. Seseorang boleh berubah, tapi diharapkan bahawa perubahan itu tidak membawa kemudaratan kepada diri kita dan juga orang sekeliling kita kelak. Insyallah~

Saturday, May 8, 2010

Adamaya

Secara jujurnya, aku bukanlah peminat drama melayu yang tegar dan last sekali aku menatapi drama melayu pun sebab terpukau dengan keayuaan Tiz Zaqyah dalam cerita 'Nur Kasih'. Tapi time kat ostel, ader gak lar dengar pasal drama Adamaya, balik rumah pun orang bercakap pasal Adamaya. So, nak taknak, reputasi aku sebagai peminat filem nie agak tercabar lar sebab tak tengok cerita bualan ramai nie. Sejurus merasakan kedudukan sebagai pendownload movie kian terancam, terus aku memulakan langkah kecil dengan mendownload episod satu drama nie. Nak test market dulu lar kan, bukan rugi ape pun, busuk-busuk dapat tengok pelakon kegemaran aku, Lisa Surihani nyer lakonan dalam drama nie,hahaha. Dalam episod pengenalan drama nie, baru aku perasan yang citer nie mendapat ilham dari movie ''I'm Not Single", tapi versi series nyer. Apa yang aku mahu katakan, harus aku akui, aku agak tertempel atau melekat gak lar ngan citer nie, episod dier pun dah panjang, malam nie tak tidur nampaknya sebab nak download semua episod hari nie. Akhir kata, Lisa Surihani best.........=)

Friday, May 7, 2010

Paramore



The assuredness of Paramore’s debut 'All We Know Is Falling' placed them as musical saviours in waiting. An electric shock of songs that pinged with headbanging enthusiasm as much as it made you cry, it summed up everything emo was in 2005. It dripped with angst and unapologetic catchiness. It pissed off emo kids and pop purists alike by falling between the two camps while being a great example of both genres. Much anticipated second album 'RIOT!' attempts to do the same, and there's one friend of mine from UDM that labelled the RIOT! as one of the masterpiece from Paramore. As we all expected, the third album'Brand New Eyes' continued the band success and frankly, I hardly ever remember when there is a days that i'm not listening their song.....PARAMORE rulez!!!!!

Vampire Diaries

The Vampire Diaries is one of the best shows of all time for its category. Full of excitement, drama, love and suspense had made this series won 'Saiful Adly Award' for the best vampire series. This series is actually kind of similar to the Twilight in so many ways except the heroin in this story is far more cuter than Kristen Stewart, the leading roles of Isabella Swan. There is no doubt that I kind of have a crush with Elena Gilbert, hahaha. My conclusion, two thumbs up for this ongoing series.

Thursday, May 6, 2010

Hayley William

For all the fans of Paramore and Hayley William especially, this is list of songs that featuring my ex.....errrrr,sorry, I mean Hayley that I just found out yesterday. So just make sure you download all the songs because it worth it.........=)
  • Fallen by Death In The Park
  • Then Came to Kill by The Chariot
  • Keep Dreaming Upside Down by October Fall
  • Tangled Up by New Found Glory
  • The Church Channel by Say Anything
  • Plea by Say Anything
  • The Few that Remained by Set Your Goals
  • Airplanes by B.O.B
  • Airplanes II by B.O.B with Eminem

And a guest appearance in New Found Glory’s Kiss Me music video :)

Kehidupan Di Rumah????


Setakat nie, aku merasakan kehidupan aku selepas menjejakkan kaki ke tanah kuala lumpur adalah hanya dengan berinteraksi dengan 2 bender yang paling aku sayang skali, imac dan xbox 360. Tapi, semalam hati aku agak sedikit panas dan berasap setelah dicabar oleh satu brother nie, tuan punya pemilik kedai video games yang bersituasi di Tesco Ampang. Asal aku beli games kat situ jer mesti takleh men, weyh, beragak lar,aku tau lar aku beli yang cetak rompak, tp at least klau ko nak berkecimpung dlam dunia piracy nie,wat kejer towl-towl lar. Aku sedar ader satu ucapan dari seorang tokoh terkemuka dari universiti al-azhar yang ader cakap, "piracy is the worst type of theft and is prohibited in islam", aku tau nie pun sebab ader terselak time study Islamic Law of Properties (ILOP), kertas peperiksaan paling susah di cakerawala. Tuelah, biler kenang bender nie, rase marah tue pun hilang dan terus menyusut balik lar, bender tak berkat kowt. So, skung nie aku terpaksa la men game-game lamer yang dah berhabuk kat almari tue sambil diiringi oleh lagu aril, manatap matamu....(aku dipaksa untuk memasang lagu ini oleh anak sedara aku yang baru berumur 2 tahun keh..........kui3)

Tottenham In Champion League

Kemenangan 1-0 hasil jaringan Peter Crouch lewat pagi tadi ke atas salah satu kelab terkaya dunia, Manchester City sudah cukup untuk menjamin tempat buat satu pasukan yang tidak pernah disangka-sangka mampu melangkah sejauh ini ke perlawanan liga juara-juara. Kejayaan yang julung kalinya ini pastilah tidak disangkal lagi berpunca dari kemampuan pengurus pasukannya, Harry Redknapp yang berjaya membuktikan 'anything is possible'. Kepada Liverpool dan Manchester City, cuba lagi musim hadapan!!!!!

Intimate Note

Pernah melihat rancangan korea 'intimate note'? Pada keseluruhannya saya boleh menyimpulkan bahawa rancangan ini merupakan antara yang terbaik kerana berjaya memberikan hiburan secara total kepada diri saya. Secara jujurnya, saya begitu kagum dengan sikap artis korea yang begitu terbuka mindanya berbeza sekali dengan artis-artis tanah air kita yang penuh dengan sikap kepura-puraan. Jadi, silalah tengok rancangan ini yer.......

The Storm Warriors 2

Hati aku berdebar-debar sewaktu baru hendak mula menonton filem yang digembar-gemburkan sebagai cerita yang wajib ditonton ini. Namun sayang seribu kali sayang, perasaan teruja mula bertukar gundah gulana kerana jalan cerita filem ini yang amat membosankan walaupun menampilkan pelakon-pelakon gah di industri perfileman Hong Kong. Tidak dinafikan filem ini mempunyai kesan efek khas yang mengagumkan, namun ia tidak dapat menutup kelemahan jalan ceritanya yang sungguh mengecewakan. Filem pertama jauh, jauh dan maksud saya jauh lebih baik dari filem ini......