OH MY GOD!!!!

Didn't realize that i'm actually blogging today, it's kind of addictive actually but the feeling is really awesome. You can write whatever you want without even border what are people gonna say. So, this is my blog and welcome to my public diary......hahahaha

Friday, May 14, 2010

Bahayakah Shisha/Hookah?

Kebelakangan ini, isu menghisap shisha boleh dianggap sebagai satu trend muda mudi masa kini, dengan menawarkan harga serendah RM8-RM10, shisha boleh didapati di kebanyakan restoran sehingalah warung-warung di tepi jalan. Sejujurnya, aku dan rakan-rakanku juga tidak terkecuali dalam aktiviti ini dan port biasa kami bertempat di Restoran Marina yang terletak di hadapan jalan berdekatan dengan masjid UDM. Tetapi, aku bukanlah seorang perokok, jadi aku terfikir sejenak, apakah ada risiko yang akan aku hadapi apabila bergelumang dengan kegiatan tidak sihat ini. Mungkin aku bodoh jika terus memasukkan aktiviti seperti ini ke dalam jadual mingguan jika ia terus memudaratkan kesihatan aku sepertimana ada mitos yang mengatakan shisha 400 kali lebih bahaya dari rokok. Jadi, melalui kajian yang aku lakukan di internet, inilah hasilnya:

Perbuatan menghisap asap boleh mendatangkan risiko penyakit berkaitan sistem pernafasan seperti bronkitis yang kronik, emphysema (bronchiaectasis) dan kanser paru-paru. Menurut Dr Maamor, keadaan itu berlaku kerana peningkatan kandungan bahan berisiko seperti nikotin dan tar dalam saluran pernafasan.

"Dalam masa yang sama ia merendahkan aktiviti sel-sel khas yang akan menurunkan daya tahan badan serta mendedahkan seseorang itu kepada risiko mendapat jangkitan kuman sekunder. Andaian yang menyatakan bahawa apabila kita menyedut asap yang melalui air boleh mengurangkan risiko di atas adalah sesuatu yang indah khabar dari rupa. Risikonya tetap ada sebab masih ada asap yang disedut. Seperti juga rokok yang ada filter, risikonya masih ada" jelas beliau.

Beliau turut mengingatkan tentang risiko tinggi yang terpaksa ditanggung penghisap pasif.

"Kanak-kanak yang membesar dan ibu-ibu yang mengandung yang mungkin berada di premis tersebut turut menanggung risiko. Malah mereka yang tidak berada di premis yang sama juga boleh terdedah kepada bahaya kerana asap yang dikeluarkan tidak musnah dan ia mencemar alam sekitar," tambah Dr Maamor.

Beliau turut memberitahu terdapat kajian bahaya menghisap shisha ke atas sistem saraf dan juga tahap kesuburan seseorang.

"Risiko kesihatan juga meningkat apabila peralatan ini dikongsi kerana ia boleh menyebabkan merebaknya penyakit bawaan udara. Selain risiko kesihatan sudah tentulah ada risiko-risiko sosial, ekonomi, budaya dan pengaruh politik yang boleh menyebabkan masyarakat menjadi keliru dan celaru. Maksud saya ada orang yang berkata ia halal, ada kata haram atau makruh," jelasnya.